Perasaan Ingin Tahu Remaja

Assalamualaikum.. Hari ni terlintas difikiran aku apabila aku melihat seorang lelaki dalam usia remaja berjalan di kaki lima berhenti berjalan apabila dia terlihat sebuah objek ditepi parit. Lelaki tersebut seperti ingin tahu apakah objek tersebut. Lalu dia mengalehkan objek itu lantas dia berlalu pergi apabila dia mendapati objek tersebut hanyalah tempurung kelapa. Tetapi agak menghairankan jugaklah, macam mana boleh ada terpurung di tepi kaki lima POLIMAS??? Bermula pada itulah aku mula terfikir tentang Perasaan ingin tahu seseorang remaja itu sehingga sanggup mengorbankan masanya ke kelas semata-mata untuk melihat tempurung kelapa ditepi jalan.
Perasaan ingin tahu seseorang remaja itu dapat mengubah pemikiran, cara dan kehidupan seseorang remaja. Bagaimana pun terdapat remaja yang kurang berminat untuk mengetahui sesuatu benda dengan lebih dalam. Sebenarnya Perasaan ingin tahu ini amatlah penting bagi remaja untuk mematangkan seorang ramaja itu sebelum memasuki Dunia Dewasa. Perasaan ingin tahu juga dapat merosakkab remaja dimana seseorang remaja itu terlalu ingin tahu sesuatu perkara sehingga mencuba perkara yang negatif, contohnya, merokok, seks, dadah dan sebagainya. Segalanya terletak pada diri remaja itu. Remaja yang waras tidak akan mudah terpedaya dengan Sifat ingin tahu sehingga merosakkan diri.
Perasaan ini amatlah berguna jika remaja dapat menghayati dan mengunakannya kearah yang betul untuk mematangkan fikiran dan mengetahui tentang pelbagai perkara dalam dunia yang penuh cabaran ini.

"Tak ada yang sempurna dalam dunia ini"

Post a Comment

4 Comments

  1. menarik,cun tatabahasa...hakhak..bley jd penulis karangan..

    ReplyDelete
  2. boleh tak en.farhan kaitkan merempit dengan perasaan ingin tahu seorang remaja...

    ReplyDelete